MASAK@MyStyle

KUIH TAKO >> DARI SAHABATKU

Lama juga tak mencoret kat blog ni ... Memang selalu juga dijengah, cuma tak update jer.. Terlalu banyak pula rasanya nak diceritakan. Apa2 halpun cerita yang terbaru berlaku hari ini.. Sahabat baik memberi saya kuih tako buatannya sendiri.. SEDAP betul ... bau harum daun pandan, rasa lemak manis .. hingga tak terkatalah...


Amacam??..terliur kan???.. Kawan saya ni memang pandai dalam membuat kuih kukusan dan jenis2 yang sewaktu dengan kuih tako ni .. Itulah antara fungsinya SAHABAT ... bertukar2 menu dan resepi...


ASAM PEDAS KEGEMARAN KELUARGA


Boleh kata setiap minggu mesti ada menu ni .... ASAM PEDAS ... yang bertukar cuma ikannya sahaja... kadang2 ikan pari, kadang2 ikan tenggiri, nak best lagi kepala ikan ... perghhh... sampai anak yang bongsu yang 7 tahunpun sampai bertambah2 nasi .. pedas pun masih pulun juga lagi ....Sedap dan mudah dibuat ... resepi ni dapat dari seorang kawan baik yang memang pakar dalam masakan lauk (perisa Thailand gitu..) ni pun dah banyak kali juga mencuba nak dapatkan rasa seperti kawan buat ... biasalah..air tangan .. mana nak sama kan!..tapi ok juga lah..kena pada selera keluarga..




JOM PEKENA JELLY STRAWBERI

 Cuaca  tidak menentu sekarang ni . Kadang-kadang hari panas dan tiba-tiba saja hujan mencurah-curah turun. Ada masanya sampai hampir seminggu hari panas. Masa inilah tekak ni terasa nak makan yang sejuk-sejuk saja. Kena pula masa ni tengah cuti sekolah. Jadi peti sejuk tu harus diisi dengan segala macam makanan... sekejap buka, sekejap tutup, buka, tutup...maklumlah, kalau dah empat beradik..macam-macam selera masing-masing... Jadi, Mama pun kenalah terlebih kreatif ... buat sesuatu yang menyukakan mereka.. 



Bahan yang simpel:
Bliss perisa strawberi (botol sedang), Konyaku Jelly (1 bungkus) Buah Strawberi, Gula (secukup rasa), air
(Sukatan air + Bliss mengikut sukatan pada
paket Konyaku Jelly)

 

Buah strawberi ni dipotong dua @ empat mengikut citarasa anda.



Masukkan potongan strawberi ke dalam acuan agar2 @ jelly

 

Didihkan air, Konyaku Jelly, gula dan Bliss perisa Strawberi.
Lepas didih, masukkan dalam acuan tadi dan rehatkan
sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

 

Haa....inilah hasilnya .... sedap dimakan masa
lepak2 depan tv, sambutan
harijadi atau majlis, bagi jiran ke atau untuk tetamu,,,


Menjadi kreatif tidak semestinya terlalu rumit (complicated)... kadang-kadang sesuatu yang simpel dan mudahpun sudah cukup untuk menarik minat dan selera. 


KETAM MASAK LEMAK CILI API
(edisi kurang pedas)

Dah banyak hari anak yang bungsu meminta lauk ketam. Saya pula penuh padat jadual harian. Nak ke pasar dah keletihan. Masa rajin kepasar tak adalah pula ketam ni... kalau adapun kadang-kadang tu kecil sangat... jadi banyak kulit, isi sikitttt sangat ... dah la mahal ... Tapi nak dijadikan rezeki, kali ni waktu di pasar adalah pula siketam ni ... mahal la juga... tapi nak makan punya hal, terbayang-bayang bola mata si bungsu tu..so, belilah dalam enam ekor.... cukuplah tu...


Bahan-bahannya simpel saja : Beberapa ekor ketam, santan, garam, daun limau purut, serai (dititik) , sedikit serbuk
 kunyit jika suka dan sedikit minyak
Ketam dicuci bersih, bahagian sepit diketuk agar kulitnya retak supaya senang apabila hendak makan nanti. Cengkerangnya boleh dibuka dan badan ketam boleh dipotong dua jika anda suka.
  Bagi saya, saya suka masak seekor terus.
Anak-anak suka macam tu...
Bahan kisar : bawang, beberapa cili padi dan cili besar,sedikit halia muda

 

Tumiskan hirisan bawang bila minyak panas. Bila berbau wangi @ bawang kekuningan tuangkan bahan kisar. Masukkan serai yang dititik dan daun limau purut. Kacau rata sehingga minyak timbul dipermukaan (pecah minyak).

 

Tuangkan santan. Jika boleh jangan terlalu cair (pada saya tak sedap kalau cair)

 

Masukkan ketam dan garam secukup rasa.

 

Last stock ... hampir licin dibuatnya...hingga menjilat jari....!!!
Puas hati MAMA!!!

Andapun ... CUBALAH....


SAMBAL PETAI UDANG

Go to fullsize imagePETAI salah satu ulaman terkenal di Malaysia. Bukan sahaja orang Melayu pandai makan petai, malah orang Cina, India dan bangsa lain di Malaysia ni sukakan petai. Ada yang suka makan begitu sahaja (mentah) atau dibakar iaitu dibuat ulamGo to fullsize image dan dicicah dengan sambal belacan.  Tapi bagi saya, saya lebih suka ulam petai rebus. Maksudnya petai tu dipotong-potong berkeping-keping mengikut bijinya. Ada yang lebih sedap .... buat sambal petai dengan udang... makan pula dengan nasi panas-panas .. lauk lain tak payah lebih-lebih, ikan kering digoreng atau ikan goreng pun sudah memadai...

Bahan kisar: Bawang besar,cili kering, belacan.
Bahan lain: udang sederhana besar, petai dipotong-potong,pes asam jawa,garam,gula,
air,bawang putih dan minyak masak.

Inilah rupa bahan kisar tadi.
Langkah pertama : Tumiskan bawang putih yang dimayang kedalam sedikit minyak yang dipanaskan.
Langkah kedua : Setelah bawang kuning, masukkan bahan kisar. Kacau sehingga 'pecah minyak' (minyak timbul dipermukaan bahan masakan tadi.
Langkah ketiga : masukkan sedikit gula (kalau +-20bj cili kering boleh gunakan +-1 sudu besar gula) @ mengikut selera anda. Ingat...kurang manis dalam masakan!!!
              PETUA : Dengan memasukkan gula dalam keadaan 'pecah minyak' tadi, adunan cili akan menjadi merah pekat dan lebih menarik warnanya.
Langkah keempat : masukkan air, garam dan pes asam jawa. Lepas tu masukkan potongan petai tadi. Setelah petai agak empuk baru masukkan udang.  Jika mahu sedikit pekat, kurangkan kuantiti air...Setelah udang masak bolehlah dihidangkan...SIMPELkan ... kalau anda suka santan boleh gantikan dengan air.
Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image
Kawan-kawan saya baik Melayu, India atau Cina amat menggemari hidangan ini. Simpel...PETAI walaupun ber'bau' tapi ia antara fungsi terjalinnya keakraban 1Malaysia di kejiranan kami....
Go to fullsize image


TERINGIN NAK MAKAN CAKOI

Hari-hari jadual asyik sibuk saja .. ada saja yang nak diselesaikan.. Minggu ni anak-anak dah start cuti sekolah, jadi mama dia pula startlah tambah sibuk.. sambil buat kerja rumah, kepala pula ligat memikir apa menu waktu pagi, tengahari, petang dan malam ... peninglah juga... jadi ni antara yang terfikir..CAKOI ... kalau beli kat luar kurang sedapnya... cari punya cari resepi dapatlah resepi ni dari blog MamaFami  ( mamafami.fotopages.com) ... saya amat berterima kasih pada beliau kerana sekali buat saja terus jadi, SEDAP pula tu... kalau MamaFami kat sebelah rumah dah lama saya hantarkan sepinggan CAKOI ni...

Haa... inilah bahan-bahannya:-
Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image

Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image
Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image
400 gm tepung
1 cawan air
1 sudu besar marjerin dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng


 
Caranya mudah sangat..sekejap jer dah siap..

1)  Campurkan dalam satu bekas air, marjerin yang dicairkan, garam, gula, susu pekat, kuning telur, yis dan soda bikarbonat. Gaul sebati.

2)  Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli doh hingga lembut dan tidak melekat.  Setelah siap uli, balut bekas doh tersebut dengan plastik yang bersih dan biarkan selama 1/2jam.

3) Canai doh setebal lebih kurang 1/2cm dalam bentuk segiempat tepat dan potong pada bahagian yang lebih kecil  lebih kurang 1 inci.

4)  Untuk mendapatkan cakoi yang berbelah dibahagian tengahnya setelah digoreng (seperti yang dijual tu) celupkan lidi dalam air dan tekan atas kepingan yang dipotong memanjang selebar 1 inci tadi.

5)  Panaskan minyak dan goreng. Sedap dimakan panas2. Biasanya dicicah bersama sos cili, tapi kalau resepi ni makan begitu sajapun dah sedap ... SUNGGUH ENAK DIMAKAN BEGITU SAJA .....



Cubalah ... try sekali, akan buat berkali kali .... Tak Percaya ... cubalah dulu!!!


MAKAN LEPAT PUN SEDAP
Entah kenapa, tiba2 datang mood nak masak pula..tekak ni pula rasa nak makan macam2. So, masa kepasar nampak banyaknya buah labu .. musim agaknya ye.. so beli la sebiji yang sederhana besar.. Mula plan nak buat sayur lemak labu je, lepas tu terfikir pula pengat labu ..ermmmm sedap juga ... tapi, jalan punya jalan kat pasar tu sampai pula ke tempat jualan santan segar .. ternampak pula daun pisang ... hishhhhh!!! sedap lagi lepat labu ...ermmm..bolehlah...ONNNN!!!

Nak buat lepat ni simpel saja bahannya dan memang cepat... nak makan, lagi la cepat!!! So, kalau ada tetamu ni boleh juga dijadikan juadah hidangan..


Sebiji labu sederhana besar



Bahan2 asas : gula 100gm, labu yang direbus empuk, pati santan, tepung Hoen Kwe warna oren 85gm, garam secukup rasa.
Utk gula, santan dan garam ikut keperluan. Santan tuang sedikit demi sedikit ikut keperluan / kepekatan yang kita mahukan,



Apabila sudah empuk, dilecek-lecekkan..



Masukkan santan sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yg kita mahukan. Jangan terlalu cair kerana susah untuk langkah membungkus dengan daun pisang nanti.



Masukkan tepung Hoen Kwe. Sebaiknya pek berwarna oren kerana tepungnya akan berubah warna oren juga..jadi tidak menjejaskan warna labu tadi. Tepung juga mengikut sukatan sendiri, jika campuran labu dan santan tadi agak cair, boleh lebihkan tepung. Jika tidak, kurangkan sukatan
tepung tersebut.



Letakkan 1 @ 1 1/2 sudu makan keatas daun pisang yang telah dilayur @ dijemur bawah panas matahari berukuran lbh kurang 8"x8". Sukatan ini juga bergantung pada saiz daun pisang anda.
Bagi saya, saya suka kuih yang kecil saiznya..comel gitu!!



Bungkuskan adunan tadi.. temukan bhgn kiri dan kanan daun. Lipat dua kali pada bhgn yang ditemukan. Terbalikkan bungkusn lepat dan lipat bhgn hujung kiri dan kanannya.
Itulah lepat namanya!!



Susun dalam periuk kukusan..




Kukus sekejap jer..dlm 15 - 20 minit jer....



Jemput makan .... lembutnya... nak makan panas2 boleh, sejukpun boleh...boleh makan waktu petang sambil santai2 kat taman ... ermmmm bestnya..!!!

So, jangan takut untuk mencuba. Saya pun dah beberapa kali mencuba bermacam2 jenis kuih, kek dan lauk.. kadang2 ambil dari internet je, ada yang sekali buat dah jadi, ada juga yang berkali2... pendekata kenyang la tong sampah tu... he he... yang penting, semangat dan minat tu kena ada ..

APAM SNOW WHITE

 (DARI MYRESEPI.COM)

 

Time cuti sekolah ni tentu pening juga nak layan selera anak2... so  mula le mencari resepi2 dari buku @ online..last2 terpaut dgn resepi dari My Resepi ni... Terimakasih yang empunya resepi...

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
  7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

RAINBOW MARBLE PUDDING


Ni teknik tuang bertindan @ berselang seli .... biasa ler, org baru belajar teknik2 ni mesti ada yg 'ter' kat sana sini .....


 Ni  dgn teknik yg sama cuma dicondongkan acuan.. hasilnya mcm lava gunung berapi yg mengalir ... hmmm..ok jg!!



Kesimpulannya: tak kisah mcmana rupa time tuang kat acuan tu, bila dah dipotong ... hahhh CANTIKNYA !!!!!!




Cantik Rupa, Cantik Rasa ...  PERFECT !!!!

NAK RESEPI ???  Boleh .... Anyway, nak ucapkan terimakasih pd Pn Yatie atas resepi ni .... Moga bisnes beliau bertambah maju sbb memang patutpun ..... SEDAP !!!

RAINBOW MARBLE PUDDING

Bahan2:
1 bungkus agar (+-13 gram 1 pek) >  saya guna yg serbuk, warna putih @ clear colour
675 ml air
225 gm gula pasir
65 gm mentega
4 bj telur
1/2 tin susu cair
1 sd mkn tpg kastard
1 sd mkn serbuk koko di campur sedikit sj air
1 sd teh vanilla
Bbrp pewarna (ikut suka hati anda)

Cara:

1.  Masak agar2, gula dan air sehingga mendidih.
2.  Sementara tunggu didih, dlm bekas lain pukul telur, susu cair dan tepung kastad. Tapiskan.
3.  Masukkan bahan no. 2 kedlm agar2 yg tlh didih td.
4.  Masukkan vanilla dan mentega serta kacau rata.
5. Bahagikan pada 3 bhg (koko, kuning & merah). Part ni anda boleh bahagikan ikut warna pilihan anda.
6. Anda boleh guna teknik tuang berselang seli atau teknik lava gng berapi tadi ... hasilnya lebih kurang jer..
    Yang penting sedap ... lbh best didinginkan ...



SIMPLY DELICIOUS - NASI LEMAK

NASI LEMAK SATUUU!!
(Sorry..kesilapan teknikal masa upload gambar ni...)


                                                                                    
 Simple dan sedap ... senang dan cepat.  Prepare tgh mlm, esok mudah je, panaskn nasi lemak & terus blh mkn atau bekalkn utk suami dan anak. Resepi? Boleh...tapi jgn tanya sukatan sbb ini main campak2 jer... kalau bg sukatan pn x kan dpt sama rasa sbb jenis bhn, kualiti dan cara yg berbeza kdg2 itu mnjd faktor x sama rasa @ rupa. Memasak ni kata org cuba try test .. dah berkali2 buat br dpt apa yg kita nak & itu yg mudah kita ingat @ prktikn melalui ujikaji2 kita yg berkali2.. dr cuba try test tu jg la kita akan lebih memahami sifat2, kegunaan, cara @ method @ teknik menyatukan bhn2... so, cabarlah diri anda. Keyakinan akan anda perolehi malah lebih bangga dpt sajikn pd keluarga tersayang.

NASI LEMAK  (masak guna rice cooker-senang)
+-5 cwn beras (dicuci)
halia muda sebesar 2 ibujari dititik
herba @halba campur , kulit kayu manis, bunga lawang, lada hitam (jika suka)
sedikit butter @ marjerin (dlm 2 sudu mkn)
daun pandan
garam
beberapa hirisan bawang kecil
2 paket santan cair ( yg kat pasar tu)
Campurkan semua bahan dan masak. Sekali sekala gaulkan supaya rempah ratus bercampur rata dgn nasi.
. 

OPEN SESAME BEEF

OPEN SESAME BEEF
Pernah mkn kat satu restoran famous kat sini, so balik.. cuba try test la....

Daging - potong setebal +-2cm dan buat 2 @3 belahan pd kepingan daging tersebut.
Garam
Kunyit
Bijan (sesame)
Minyak masak
Gaul rata semua bahan. perap kejap. Lps tu deep fry. Dah garing, toskan dgn penapis. Setelah minyak sejat, hidangkan.

SAMBAL KERANG

Kerang yg sdh dikopek dr kulitnya direbus terlebih dahulu
cili kering + sedikit belacan > dikisar
garam, gula, asam jawa
minyak
bawang besar dan bwg putih di hiris
sedikit air

Cara:-
  • Tumis hirisan bawang putih dan bawang besar hingga bau wangi.
  • masukkan cili kering yg tlh dikisar. tumis sehingga air kering dan berbau wangi @ pecah minyak
  • masukkan gula dan kacau ... (anda akan dapati warna tumisan cili tadi lebih pekat)
  • masukkan garam, asam jawa serta air.
  • last masukkan kerang... setelah agak pekat... siap...
KUEY TEOW PLUS MINUS
KUEY TEOW PLUS MINUS
Kenapa PLUS MINUS ?  Sebenarnya saya dah jemu mkn keow teow goreng, koey teow goreng kerang atau char kuey teow .... Lps tu kebetulan byk balance bhn2 mentah kat dlm petisejuk .. apa lg main campak2 lebih kurang.. so resepi ni mmg sukatan ikut suka, sesedap rasa, ikut selera... Pas tu terfikir nak bagi nama ... so pikir punya pikir smbil buat kerja, disebabkan resepi bidan terjun, main campak lebih kurang tu yang jadi PLUS MINUS .... Syok juga jadi pencipta resepi << he he .. syok sendiri plk !! >>

Lebih kurang ni le bhnnya ( nak tambah @ nak kurangkn sukatan @ tambah bahan sendiri pun boleh)

BHN A < KUEY TEOW >
+-1kg koey teow
minyak masak
hirisan 1 ulas bwg putih
kicap manis
2 bj telur ayam
sedikit air
Cara :  Tumiskan hirisan bwg putih, masukkan koey teow> gaul rata
            masukkan kicap manis, gaul rata dan pecahkan telur dan gaul rata.
            jika mahukan lembap,  tuangkan sedikit sj air

BHN B < KUAH >

Minyak masak
Hirisan 2 ulas bwg putih
Hirisan 2 ulas bwg merah
lada sulah
sedikit gula
sedikit perencah 'cukup rasa' @ stok kiub ayam
air
2 bj telur ayam
Bhn dipotong2:-
daging, daging ayam, fish ball, tauhu, sotong, udang
sayur sawi, kobis, daun sup, buah tomato
kerang
taugeh
sos :  sos kicap manis, sos kicap cair, sos tiram, sos lada hitam
sedikit tepung jagung dicampur air utk pekatkan kuah
Cara: 
  • Tumis bawang putih dan bwg merah setelah minyak panas.
  • masukkan bhn daging dan ayam
  • setelah suku masak, masukkan air dan sos2 ikut selera anda.
  • Bila sedikit menggelegak, masukkan sotong, udang, kerang dan fish ball.
  • masukkan jg gula, lada suluh dan perencah 'cukup rasa' @ stok kiub ayam
  • bila mendidih, masukkan tepung jagung yg digaul dgn air. Kacau hingga kuah agak pekat.
  • Kemudian masukkan sayur2an dan taugeh.
  • akhir sekali pecahkan telur dan kacau rata2.... Siapppp!!
Cara hidang :  Cedokkan kuey teow kedlm mangkuk dan tuangkan kuah keatasnya. Sedap dimakan panas2 dan boleh hidangkan dengan cili jeruk.... perghhh ....cuba lah!!!!


AT LAST ... NASI AYAM PENYET

NASI AYAM PENYET
Akhirnya .. dpt juga buat sendiri, walaupn tak lah sesedap yg diharapkan, namun masih lg dlm kategori sedap .. resepinya x lah susah sgt... kita share disini tapi kalau ada yg lbh sedap bg tahu saya ye ...

BHN A >>  AYAM GORENG
1 ekor ayam > dipotong 4, rebus lbh krg 10 min ditoskan.
                        air rebusan ayam (stok ayam) disimpan utk sup dan nasi nanti.
1 sudu kecil jintan manis }
1 sudu kecil jintan putih  }  goreng tanpa minyak
1 sudu kecil ketumbar    }
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada putih
Bbrp ulas bwg putih
Sedikit halia dan garam
Kisar semua bahan rempah dgn sedikit air. Lumurkan pada ayam dan perap (lagi lama perap lg sedap..semalaman ke...)
Lepas perap goreng secara 'deep fry'.

BAHAN B >> SOS CILI
10 bj cili merah }  ikut kesukaan anda, mahu pedas lebihkn cili, dan lebih pedas}
5 bj cili padi      }     lebihkan cili padi                                                               } goreng dgn minyak
2 bj bawang besar dipotong kecil                                                                     } hingga layu
4 bj bwg putih                                                                                                 }
4 bj tomato dipotong 4                                                                                    }
sedikit belacan digoreng minyak
2 sudu besar ikan bilis digoreng garing
Setelah siap semua bhn dan proses diatas, kisar dan masak semula dalam periuk serta masukkan gula merah dan garam secukup rasa.

BAHAN C >>  NASI
3 cwn beras dibasuh dan toskan
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
2 kiub pati ayam
Sedikit butter utk menumis
garam
6 cwn stok ayam tadi
Panaskan butter dan tumis bwang serta bhn rempah.
Masukkan beras dan kacau sebentar. Lepas tu masukkan stok ayam, garam dan kiub ayam. Terus tanak nasi hingga masak.

CADANGAN
Lebih sedap kalau dihidang dgn tempe, tauhu  (lumurkan dgn rempah yg sama pd ayam tadi) dan ulam2an. Makan panas2.



KUIH ..SO SEDAPPP ... HOMEMADE


Kuih Pulut Udang

Kegemaran seisi keluarga....dari pulut hingga ke intinya buat sendiri .... sekali buat syarat minimum 1kg beras pulut ... tak pernah beli, tak sedap kata anak2 dan suami .... penat juga nak buat, tapi berbaloi tgk anak2 dan suami makan dan berbekal ke sekolah dan tempat kerja...

BISKUT BANGKIT NESTUM
Cuba2 resepi dari buku2 resepi dalam simpanan .... nak tarik minat budak2
makan kuih bangkit so letakkan coklat M&M kat tengah2 tu ....
memang laris, budak2 suka dan antara kuih raya yg abis dulu!!

NASI ULAM
Belajar dr seorg kwn yg mahir resepi masakan Thailand.
Dulu bila buat makan sorang2 jer... sekrg satu family dah join skali!!




BUNGA KANTAN : cuma ambil dari tepi pagar rumah jer


Ini bahan-bahan kisar


Cubalah..mudah saja bahannya...Bahan kisar > cili kering (saya campurkan juga cili kering dari Thailand, bawang, belacan, serai, sedikit air, sedikit lada hitambahan untuk dicampak2 .. bunga kantan dibelah2, serai yang diketuk, daun kesum, lobak asin, ikan (isi @ kepala ikan), air asam jawa (saya gunakan paste brand 'Adabi' je..garam secukup rasa dan sedikit serbuk perasa..Caranya mudah sangat, tumis bawang putih dan bawang merah dengan sedikit minyak, dah naik wangi tuangkan bahan kisar. Masukkan bahan2 campak tadi kecuali ikan, garam dan serbuk perasa serta air asam jawa. Dah naik minyak baru masukkan air asam jawa, serbuk perasa dan air asam jawa serta garam. Masukkan ikan. Dah mendidih sedia untuk dihidang.... Kuah biar pekat sikit, baru sedap..kalau cair tak best!!! CUBALAH ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...