Wednesday, January 26, 2011

PENGLIPUR LARA ............PENAWAR DUKA....... KESAYANGANKU...

ANAK-ANAK >> ANUGERAH TUHAN yang tidak ternilaikan.  Hargai dan kasihlah mereka.  Melentur buluh biarlah dari rebungnya....sayangkan anak, tangan tangankan....anak umpama kain putih...pelbagai perumpamaan untuk kita melambangkan sebuah institusi orang yang ber'ANAK'.

Begitu mencabar sekali dizaman ini (itu kata kita le, yg hidup dizaman ni)..tapi kalau difikir-fikirkan dari zaman dulupun mencabar juga. Bayangkan semasa zaman peperangan Jepun atau komunis dulu..macamana datuk nenek atau moyang kita cuba menyelamatkan ibubapa atau datuknenek kita pada masa tu...dari makan minum, pelajaran dan keselamatan mereka... sebenarnya tanggungjawab (bukannya MASALAH) adalah amat berat untuk dipikul...

Banyak yang kita sanggup korbankan untuk insan bernama anak. Termasuklah berkorban NYAWA...bergadai nyawa ketika melahirkan...tapi itulah detik terindah bergelar seorang MAMA. Jadi usahlah rasa TERBEBAN dengan tanggungjawab sebagai ibubapa... satu2 nya PELABURAN yang menguntungkan kita di dunia dan akhirat ialah ANAK!  Longgokan harta sekelip mata bisa habis, tapi anak yang dipupuk dengan kasih sayang, ilmu dunia dan akhirat... insyaAllah..ia adalah seperti SAHAM yang sentiasa melonjak nilainya...TAK RUGI kan??...Jadi wahai insan2 terlanjur @ bermasalah diluar sana...kenapa perlu dibuang anak itu?  Kenapa perlu didera anak itu?...BODOH benarlah untuk anda bergelar manusia yang dikurniakan OTAK tetapi tidak tahu menggunakannya!!!

DARI itu, belajarlah menggunakan AKAL .... ANAK itu SAHAM anda di dunia dan akhirat!!!


Mengusik .... memang hobi pun..
  
CUBA..TRY...TEST...  rambut sendiri jadi mangsa


Monday, January 17, 2011

PROMOTION - YANG TERBAIK

Pada kawan2 di Malaysia, Singapura, Brunei @ Indonesia yg ingin mencuba pakej eLearning Score A Programme untuk Darjah 1 (7 thn) hingga tingkatan 5 (17 thn) boleh langgan di sini.

Program yang menarik, mudah dan lebih efektif. Dgn report card online, dictionary, instant marking, iTeacher, nota ringkas dan soalan peperiksaan sebenar dan banyak lagi. Anda Wajib memberikan 'YANG TERBAIK' ini untuk anak anda.

Promosi <  RM796  untuk tempoh setahun / 2 org anak.  Untuk tambahan setiap anak RM50/seorang>

Sunday, January 16, 2011

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA ...

 Seronok tengok anak2 membesar di depan mata.  Kini semua dah kesekolah. Termasuklah dgn sikecil berbadan besar ni .... Happy sungguh, sebab dah jadi orang besar, katanya.  Seronok dapat pakai 'tie' mcm abang2nya.... gitu pulak budak ni.. 
Hujung minggu sibuk sampai nangis2 nak join abang2 basuh kasut sekolah... hmmm..siap la bayar bil air nanti!!! Anyway, seronok sgt sbb dia dgr cakap >> hari2 pegi sekolah bawa duit tp x pernah dibelanjakan sbb makan bekalan yg dibawa...kasut tahan seminggu, kotor sikit jer (so kasut ke 2 dah blh guna mggu dpn jer..)..everything ok lah ... puas hati ni ....
Happy sangat ... naik darjah 1 ... sbb dah jadi 'org besar' katanya!
  
Dapat kongsi bersama abang dan kakak peristiwa2 kat sekolah...

Dah mula belajar basuh kasut sendiri .. ingatkan tak boleh bersih, rupanya BERSIH lah...!!!
PETUA >> Guna LOC from Amway, mudahkan anak cuci kasut &
kasut lambat terkoyak akibat digosok terlalu kuat...
So far, kasut anak2 x pernah koyak lagi la...


Tekun habiss.........

Jenuhlah bayar bil air .................

 
Sebelah kasut jer dah bergelen2 air...adusss.... kopak la nak bayar bil....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...