Monday, June 20, 2011

JERSLIN POWER OIL

INI ADALAH CEBISAN DARI BLOG SAYA JUGA UNTUK DIKONGSI BERSAMA DAN .. ORDERLAH SATU UNTUK SENDIRI DAN KELUARGA. TAK NYESAL PUNYA!!! 

    http://youtu.be/wKjfs01D0aoThumbnailhttp://youtu.be/t0MfkpD3xMo
Suatu hari sambil lepak-lepak bersarapan depan TV terpandanglah temubual tentang produk ni. Jadi terdetik dihati ingin mencuba. Saya order 2 botol (30ml) dan 1 bedak sejuk. Sebotol untuk saya dan sebotol lagi untuk seorang rakan baik. Setelah mencuba banyak juga masalah kesihatan dapat diatasi. Jadi suka juga berkongsi dengan anda yang sayangkan kesihatan diri mencuba JERSLIN POWER OIL.

 Anda boleh ORDER di
 lagunaindahhomebiz@gmail.com
  atau telefon ke 013 7707020 @ 013 7327676.

Berikut antara petikan tentang minyak ajaib ni...


Punca penyakit adalah kerana LEMAH DAYA IMUN (lemah daya ketahanan badan). Apa sahaja yang dapat menguatakan daya imun, akan secara langsung dapat mencegah & merawat pesakit. Jerslin Power Oil mampu menguatkan sistem imun dan mampu mematikan lebih dari 100,000 jenis kuman, virus, kulat, parasit, baketeria, hama dan sebagainya yang amat bebas di persekitaran kita.


Percaya atau tidak dengan hanya SAPU pada tempat yang sakit atau seluruh badan, ianya dapat menyembuhkan penyakit anda....INSYA ALLAH.Kalau anda berpeluang menonton SELAMAT PAGI MALAYSIA di TV1, testimoni yang di bawa adalah seorang menghidap sakit tulang belakang, migrain yang teruk dan keadaan muka yang kasar akibat dari penyakit yang dialaminya. Selepas beliau menggunakan produk JERSLIN POWER OIL, Alhamdulillah, beliau semakin sihat dan kulit muka beliau semakin licin.Andai anda ragu-ragu, saya syorkan anda CUBA DAHULU, ini kerana produk ini MURAH DAN MUJARAB, rugi jika anda tidak mencubanya.Bukan itu sahaja, dengan AROMA nya yang amat menenangkan, ia bukan seperti minyak biasa, ia seperti kita memakai minyak wangi... ianya memang MURAH dibandingkan khasiatnya yang pelbagai. Dari bayi hinggalah kpd orang tua-tua, dari penyakit yang ringan hinggalah kpd penyakit yang KRONIK. Hanya SAPU sahaja, cuma ada keadaan penyakit KRONIK dikehendaki utk dicampur dalam air untuk diminum atau dipancitkan bawah lidah.




 JERSLIN Power Oil (10ml)    RM 15.00 (Smjng)    RM 18.00 (Sbh/Srwk)

JERSLIN Power Oil (20ml)  RM 25.90 (Smjng)    RM 28.00 (Sbh/Srwk)

JERSLIN Power Oil (30ml - Refill)  RM 25.90 (Smjng)  RM 28.00 (Sbh/Srwk)

JERSLIN Power Oil (40ml)      RM 35.00 (Smjng)    RM 38.00 (Sbh/Srwk)

JERSLIN Power Oil (50ml)      RM 45.00 (Smjng)    RM 48.00 (Sbh/Srwk)

JERSLIN - Bedak Sejuk           RM 15.00 (Smjng)    RM 18.00 (Sbh/Srwk)

JERSLIN POWER OIL DIBUAT DARIPADA :
CAMPUR HABATUSAUDA,
MINYAK ZAITUN,MINYAK BIJAN,
MINYAK BUNGA MATAHARI
DAN HERBA TERPILIH
.

Penyakit / Masalah Kesihatan yang boleh dipulihkan dengan
JERSLIN POWER OIL :
-Gastrik
-Demam panas / panas badan berlebihan
-Resdung
-Sakit kepala / Migrain
-Asma / Lelah / Semput
-Sakit buah pinggang
-Sembelit / Cirit-birit / Buasir
-Kencing Manis
-Tekanan Darah Tinggi
-Jangkitan Faraj / Keputihan
-Penyakit kelamin
-Sakit sendi / Lutut bengkak / Gout
-Kekejangan otot / Simpul Biawak
-Mati pucuk / lemah syahwat / tidak bernafsu
-Sengal-sengal tulang
-Kulit kasar, warna tak sekata, berjeragat
-Sakit usus
-Kembung perut
-Kesukaran bernafas
-Selsema, batuk, hidung tersumbat
-Tumor / Kanser / ketumbuhan
-Mudah lesu
-Keracunan makanan
-Stroke / Angin Ahmar
-Anggota tubuh lumpuh / lemah
-Tekanan darah tinggi / rendah
-Kerapa kencing pada waktu malam / kencing tak lawas
selalu / mudah kena selsema
-Alahan / alergik dengan makan laut / habuk /debunga / ubat
-Sukar mendapat zuriat / anak
-Anak yang dilahirkan kurang sihat
-Monopause
-Hormon tidak seimbang / ketidaksimbangan metabolisma.
-Kesuburan lelaki / wanita menurun
-Senggugut
-Sakit buah pinggang
-Tulang reput / mudah patah
-Pergerakan perlahan
-Mudah beremosi / cepat marah
-Kitaran haid yang tidak tetap
-Sukar memahami / mengingati pelajaran
-Kurang tumpuan terhadap pelajaran atau kerja yang dilakukan
-Kolesterol tinggi
-Penglihatan kabur / selalu keluar air mata / mata kemerahan
-Kesejukan kaki / tangan
-Tangan / kaki menggeletar / menggigil
-Sukar tidur (Insomnia)
-Untuk bayi;- kembung perut, demam panas, demam biasa, batuk, muntah-muntah.
-1001 sakit-sakit ringan dan kronik

Saturday, June 11, 2011

MINAT BARU ...

Masuk penggal ke dua persekolahan ... bermula satu lagi aktiviti baru atas permintaannya sendiri ... TAEKWANDO .. jawabnya tambah lagi satu trip keluar masuk hantar ke sekolah untuk aktiviti ni. Apa boleh buat, kalau sudah minat ...


Action jer ..


Macam Pendekar Mustar cakap kat Laksamana DoReMi..."Sumbang..."



Semangat membara ni ...
 
Amacam ... ???


Entah apa la agaknya dalam fikiran si kecil nikan?
Tentu dia rasa gagah gitukan???
  
Belum daftar lagi, baju sudah sedia ...
kepunyaan abang dan kakak...
Kata pakar... biar mereka lakukan apa yang mereka minat adalah antara sumber-sumber kecemerlangan. Harap-harap ini adalah langkah awal ...

Thursday, June 9, 2011

FOLLOW MYBLOGS

Saya suka berkongsi pelbagai perkara. Sesuai juga dengan hobi saya seperti memasak, membaca, berkebun di taman, berjalan-jalan menikmati pemandangan  dan banyak lagi. Saya juga amat senang dengan kehidupan saya sekarang disamping suami dan empat cahayamata. Kehidupan ini biarpun kadang kala disulami dengan kesuraman, itu adalah asam garam buat saya... kalau manis selalu, senang selalu tentu kenikmatan itu tidak dihargai dengan sepatutnya. Jadi, jemputlah menjengah hasil idea saya untuk dikongsi bersama ... SILAKAN ...










Wednesday, June 8, 2011

BAHASAINDAH

Orang Melayu kaya dengan bahasa yang indah dan mengasyikkan. Terdiri dari bait-bait bahasa yang disusun senada seirama dengan lenggok alun bahasa yang gemalai. Semuanya tersimpan menjadi bait-bait puisi, seloka, pantun, syair, gurindam malah bidalan, simpulan dan perumpamaan turut menambah kazanah bahasa Melayu itu sendiri.  Walaupun kini tidak banyak dipertuturkan dengan seratus peratus, Bahasa Melayu ini masih dihargai dan diperjuangkan oleh pencinta bahasa. Mari kita kongsikan bersama..

Pantun Klasik Melayu

Anak tiung atas rambutan
Berbunyi bertongkat paruh
Berhenti kapal di lautan
Tiba angin berlayar jauh

Bukit Tinggi boleh didaki
Lurah dalam berkala-kala
Penat kaki boleh berhenti
Berat beban siapa membawa

Kampung Tengah kotanya landai
Permatang guntung ketinggian
Jangan lengah janjikan sampai
Untung-untung berkejadian


Sumber dari
http://penyair.wordpress.com/tag/koleksi-pantun-melayu/

Tuesday, June 7, 2011

ASAM PEDAS KEGEMARAN KELUARGA


Boleh kata setiap minggu mesti ada menu ni .... ASAM PEDAS ... yang bertukar cuma ikannya sahaja... kadang2 ikan pari, kadang2 ikan tenggiri, nak best lagi kepala ikan ... perghhh... sampai anak yang bongsu yang 7 tahunpun sampai bertambah2 nasi .. pedas pun masih pulun juga lagi ....
Sedap dan mudah dibuat ... resepi ni dapat dari seorang kawan baik yang memang pakar dalam masakan lauk (perisa Thailand gitu..) ni pun dah banyak kali juga mencuba nak dapatkan rasa seperti kawan buat ... biasalah..air tangan .. mana nak sama kan!..tapi ok juga lah..
kena pada selera keluarga..

BUNGA KANTAN : cuma ambil dari tepi pagar rumah jer


Ini bahan-bahan kisar


Cubalah..mudah saja bahannya...Bahan kisar > cili kering (saya campurkan juga cili kering dari Thailand, bawang, belacan, serai, sedikit air, sedikit lada hitambahan untuk dicampak2 .. bunga kantan dibelah2, serai yang diketuk, daun kesum, lobak asin, ikan (isi @ kepala ikan), air asam jawa (saya gunakan paste brand 'Adabi' je..garam secukup rasa dan sedikit serbuk perasa..Caranya mudah sangat, tumis bawang putih dan bawang merah dengan sedikit minyak, dah naik wangi tuangkan bahan kisar. Masukkan bahan2 campak tadi kecuali ikan, garam dan serbuk perasa serta air asam jawa. Dah naik minyak baru masukkan air asam jawa, serbuk perasa dan air asam jawa serta garam. Masukkan ikan. Dah mendidih sedia untuk dihidang.... Kuah biar pekat sikit, baru sedap..kalau cair tak best!!! CUBALAH ...

SANTAI SANTAI SAMBIL PEKENA JELLY STRAWBERI

 Cuaca tidak menentu sekarang ni . Kadang-kadang hari panas dan tiba-tiba saja hujan mencurah-curah turun. Ada masanya sampai hampir seminggu hari panas. Masa inilah tekak ni terasa nak makan yang sejuk-sejuk saja. Kena pula masa ni tengah cuti sekolah. Jadi peti sejuk tu harus diisi dengan segala macam makanan... sekejap buka, sekejap tutup, buka, tutup...maklumlah, kalau dah empat beradik..macam-macam selera masing-masing... Jadi, Mama pun kenalah terlebih kreatif ... buat sesuatu yang menyukakan mereka.. 


Bahan yang simpel:
Bliss perisa strawberi (botol sedang), Konyaku Jelly (1 bungkus) Buah Strawberi, Gula (secukup rasa), air
(Sukatan air + Bliss mengikut sukatan pada
paket Konyaku Jelly)
 
Buah strawberi ni dipotong dua @ empat mengikut citarasa anda.

Masukkan potongan strawberi ke dalam acuan agar2 @ jelly
 
Didihkan air, Konyaku Jelly, gula dan Bliss perisa Strawberi.
Lepas didih, masukkan dalam acuan tadi dan rehatkan
sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
 
Haa....inilah hasilnya .... sedap dimakan masa
lepak2 depan tv, sambutan
harijadi atau majlis, bagi jiran ke atau untuk tetamu,,,

Menjadi kreatif tidak semestinya terlalu rumit (complicated)... kadang-kadang sesuatu yang simpel dan mudahpun sudah cukup untuk menarik minat dan selera. 

Monday, June 6, 2011

Check out my magazine! VOTE 4 ME

Check out my magazine!

Nak buat magazine sendiri belum punya bakat ... tapi kalau terus dapat buat cover magazinepun jadilah ...

Thursday, June 2, 2011

SIBUK-SIBUK DI MUSIM CUTI SEKOLAH ...

Dah banyak hari anak yang bungsu meminta lauk ketam. Saya pula penuh padat jadual harian. Nak ke pasar dah keletihan. Masa rajin kepasar tak adalah pula ketam ni... kalau adapun kadang-kadang tu kecil sangat... jadi banyak kulit, isi sikitttt sangat ... dah la mahal ... Tapi nak dijadikan rezeki, kali ni waktu di pasar adalah pula siketam ni ... mahal la juga... tapi nak makan punya hal, terbayang-bayang bola mata si bungsu tu..so, belilah dalam enam ekor.... cukuplah tu...

Bahan-bahannya simpel saja : Beberapa ekor ketam, santan, garam, daun limau purut, serai (dititik) , sedikit serbuk
 kunyit jika suka dan sedikit minyak
Ketam dicuci bersih, bahagian sepit diketuk agar kulitnya retak supaya senang apabila hendak makan nanti. Cengkerangnya boleh dibuka dan badan ketam boleh dipotong dua jika anda suka.
  Bagi saya, saya suka masak seekor terus.
Anak-anak suka macam tu...
Bahan kisar : bawang, beberapa cili padi dan cili besar,sedikit halia muda
 
Tumiskan hirisan bawang bila minyak panas. Bila berbau wangi @ bawang kekuningan tuangkan bahan kisar. Masukkan serai yang dititik dan daun limau purut. Kacau rata sehingga minyak timbul dipermukaan (pecah minyak).
 
Tuangkan santan. Jika boleh jangan terlalu cair (pada saya tak sedap kalau cair)
 
Masukkan ketam dan garam secukup rasa.
 
Last stock ... hampir licin dibuatnya...hingga menjilat jari....!!!
Puas hati MAMA!!!

Andapun ... CUBALAH....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...