Tuesday, June 7, 2011

ASAM PEDAS KEGEMARAN KELUARGA


Boleh kata setiap minggu mesti ada menu ni .... ASAM PEDAS ... yang bertukar cuma ikannya sahaja... kadang2 ikan pari, kadang2 ikan tenggiri, nak best lagi kepala ikan ... perghhh... sampai anak yang bongsu yang 7 tahunpun sampai bertambah2 nasi .. pedas pun masih pulun juga lagi ....
Sedap dan mudah dibuat ... resepi ni dapat dari seorang kawan baik yang memang pakar dalam masakan lauk (perisa Thailand gitu..) ni pun dah banyak kali juga mencuba nak dapatkan rasa seperti kawan buat ... biasalah..air tangan .. mana nak sama kan!..tapi ok juga lah..
kena pada selera keluarga..

BUNGA KANTAN : cuma ambil dari tepi pagar rumah jer


Ini bahan-bahan kisar


Cubalah..mudah saja bahannya...Bahan kisar > cili kering (saya campurkan juga cili kering dari Thailand, bawang, belacan, serai, sedikit air, sedikit lada hitambahan untuk dicampak2 .. bunga kantan dibelah2, serai yang diketuk, daun kesum, lobak asin, ikan (isi @ kepala ikan), air asam jawa (saya gunakan paste brand 'Adabi' je..garam secukup rasa dan sedikit serbuk perasa..Caranya mudah sangat, tumis bawang putih dan bawang merah dengan sedikit minyak, dah naik wangi tuangkan bahan kisar. Masukkan bahan2 campak tadi kecuali ikan, garam dan serbuk perasa serta air asam jawa. Dah naik minyak baru masukkan air asam jawa, serbuk perasa dan air asam jawa serta garam. Masukkan ikan. Dah mendidih sedia untuk dihidang.... Kuah biar pekat sikit, baru sedap..kalau cair tak best!!! CUBALAH ...

SANTAI SANTAI SAMBIL PEKENA JELLY STRAWBERI

 Cuaca tidak menentu sekarang ni . Kadang-kadang hari panas dan tiba-tiba saja hujan mencurah-curah turun. Ada masanya sampai hampir seminggu hari panas. Masa inilah tekak ni terasa nak makan yang sejuk-sejuk saja. Kena pula masa ni tengah cuti sekolah. Jadi peti sejuk tu harus diisi dengan segala macam makanan... sekejap buka, sekejap tutup, buka, tutup...maklumlah, kalau dah empat beradik..macam-macam selera masing-masing... Jadi, Mama pun kenalah terlebih kreatif ... buat sesuatu yang menyukakan mereka.. 


Bahan yang simpel:
Bliss perisa strawberi (botol sedang), Konyaku Jelly (1 bungkus) Buah Strawberi, Gula (secukup rasa), air
(Sukatan air + Bliss mengikut sukatan pada
paket Konyaku Jelly)
 
Buah strawberi ni dipotong dua @ empat mengikut citarasa anda.

Masukkan potongan strawberi ke dalam acuan agar2 @ jelly
 
Didihkan air, Konyaku Jelly, gula dan Bliss perisa Strawberi.
Lepas didih, masukkan dalam acuan tadi dan rehatkan
sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
 
Haa....inilah hasilnya .... sedap dimakan masa
lepak2 depan tv, sambutan
harijadi atau majlis, bagi jiran ke atau untuk tetamu,,,

Menjadi kreatif tidak semestinya terlalu rumit (complicated)... kadang-kadang sesuatu yang simpel dan mudahpun sudah cukup untuk menarik minat dan selera. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...