Monday, September 26, 2011

MARHABAN YA MARHABAN

SANA SINI sibuk dengan majlis marhaban.  Tak ketinggalan di rumah seorang sahabat rapat saya... Jadi, sayapun sama-samalah menyibukkan diri .. atas permintaannya, resepi yang baru saya cuba ... JELLY KELAPA MUDA ...  perghhhhh!!! memang mengancam ... habis semua dijamah tetamu ... Alhamdulillah..!!!

Ni baru 'PURE' punya jelly kelapa...
yang dibeli kat luar tu kadang-kadang
kelapanya dah tua,
 jellynya pula hanya manis gula je ...
kali ni memang puas makan....


Tentu ada kawan-kawan yang nak mencuba sendirikan ....  sebenarnya sayapun dapat resepi ni dari salah satu 'Blogger' tapi minta maaf lah sebab dah lupa yang mana satu. Apa-apapun, saya ucapkan terimakasih kepada 'Blogger' tersebut.  Moga Allah melimpahkan rezeki kepada beliau.

Haa.. ini resepinya, mudah sangat ....

Bahan-bahannya:-
  • 1 bungkus agar-agar serbuk 10gm (warna jernih/clear)
  • 2.6 liter air  (air kelapa + air biasa)
  • 9 - 11 sudu makan gula pasir
  • 3 biji kelapa muda ( diambil airnya, isinya dikikis nipis-nipis)
  •    (jika isi kelapa agak keras, boleh dipotong kecil2 @ separuh dipotong, separuh dikisar bersama    sukatan air tadi.
  • NOTA :  jika kelapa dikisar dengan sukatan air, kurangkan sedikit sukatan air tersebut)
  • 1 helai daun pandan

Caranya :-
  •  Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga gula larut. Untuk sukatan gula, masukkan       sedikit demi sedikit dan anda perlu rasa untuk memastikan tidak terlalu manis dan hilang rasa air kelapa.
  • Sementara menunggu renihan bahan (1), anda boleh masukkan cebisan isi kelapa kedalam bekas acuan jelly.  Jika mahu lebih mudah, anda boleh terus masukkan isi kelapa tersebut ke dalam (1)
  • Setelah renih, masukkan cairan tadi kedalam bekas jelly. Biarkan sejuk seketika sebelum ditutup dan dimasukkan kedalam peti sejuk.
  • Dah sejuk .... apa lagi..... makan time!!!!

Thursday, September 1, 2011

MERDEKA RAYA 2011 1MALAYSIA

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 54
untuk semua rakan2 Blogger.  Seronok menyambut
dwi-perayaan tahun ni. 

Tapi meriah lagi anak2 menggayakan pakaian tradisional beraya sakan. Kuih muih pula pelbagai rasa dan warna. Seronok mengunjungi keluarga dan rakan2.

 Sekarang ni tgh merancang pula nak menjemput rakan2 saya yang terdiri dari pelbagai bangsa, kaum dan agama ke rumah. Jiran2 yang kebanyakkan berbangsa Cina juga turut beraya bersama. Memang menyeronokkan. Tak ketinggalan juga rakan2 yang suami mereka berbangsa asing dan kini Mu'alaf yang sama2  beraya.

Memang MENYERONOKKAN!!
1MALAYSIA BERAYA SAKAN!!

Bersama keluarga mertua .. tapi ni ada lg yg blm datang...
BIG & HAPPY FAMILY

Suami dan anak2 tersayang ...

Adik ipar bongsu ....with the only PRINCE ..

Adik Ipar bersama suami dan PUTERA2 PINTAR..

KAKAK IPAR bersama GENIUS PRINCESS

ADIK IPAR & isteri dengan cute PRINCE & PRINCESS


SEPUPU SEPAPAT ... ada lagi yang belum sampai ni!!!!

PUTERI2 AYU .....

Senyum di pagi lebaran

BAPA & IBU MERTUA

Anak2 sempat melayan ikan2 dikolam bila bertemu
Biskut Almond kesukaan sekeluarga ... tak sempat raya,
kena buat lagi sekali...

Bahulu Gulung ... antara yang terlaris

Rainbow Finger ... sendiri reka2... pun anak2 suka!!

Antara kuih hasil kerja keras sebelum dan selepas raya ....
rupa mungkin kurang sikit lah..
(maklumlah bukannya pakar sangat),
yang penting anak2 suka pada rasanya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...