Monday, September 26, 2011

MARHABAN YA MARHABAN

SANA SINI sibuk dengan majlis marhaban.  Tak ketinggalan di rumah seorang sahabat rapat saya... Jadi, sayapun sama-samalah menyibukkan diri .. atas permintaannya, resepi yang baru saya cuba ... JELLY KELAPA MUDA ...  perghhhhh!!! memang mengancam ... habis semua dijamah tetamu ... Alhamdulillah..!!!

Ni baru 'PURE' punya jelly kelapa...
yang dibeli kat luar tu kadang-kadang
kelapanya dah tua,
 jellynya pula hanya manis gula je ...
kali ni memang puas makan....


Tentu ada kawan-kawan yang nak mencuba sendirikan ....  sebenarnya sayapun dapat resepi ni dari salah satu 'Blogger' tapi minta maaf lah sebab dah lupa yang mana satu. Apa-apapun, saya ucapkan terimakasih kepada 'Blogger' tersebut.  Moga Allah melimpahkan rezeki kepada beliau.

Haa.. ini resepinya, mudah sangat ....

Bahan-bahannya:-
  • 1 bungkus agar-agar serbuk 10gm (warna jernih/clear)
  • 2.6 liter air  (air kelapa + air biasa)
  • 9 - 11 sudu makan gula pasir
  • 3 biji kelapa muda ( diambil airnya, isinya dikikis nipis-nipis)
  •    (jika isi kelapa agak keras, boleh dipotong kecil2 @ separuh dipotong, separuh dikisar bersama    sukatan air tadi.
  • NOTA :  jika kelapa dikisar dengan sukatan air, kurangkan sedikit sukatan air tersebut)
  • 1 helai daun pandan

Caranya :-
  •  Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga gula larut. Untuk sukatan gula, masukkan       sedikit demi sedikit dan anda perlu rasa untuk memastikan tidak terlalu manis dan hilang rasa air kelapa.
  • Sementara menunggu renihan bahan (1), anda boleh masukkan cebisan isi kelapa kedalam bekas acuan jelly.  Jika mahu lebih mudah, anda boleh terus masukkan isi kelapa tersebut ke dalam (1)
  • Setelah renih, masukkan cairan tadi kedalam bekas jelly. Biarkan sejuk seketika sebelum ditutup dan dimasukkan kedalam peti sejuk.
  • Dah sejuk .... apa lagi..... makan time!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...