Thursday, April 7, 2011

ANAK OBESITI


Tertarik dengan keratan akhbar Utusan Malaysia Khamis 7.4.2011. Menurut pakar antara punca obesiti adalah dari amalan pemakanan kanak2 yang lebih gemar  sajian mengandungi kadar gula  dan lemak tinggi seperti aiskrim, donut manis, agar2, mufin, burger, coklat, roti krim, gula2, bijirin sarapan, biskut serta minuman berkabonat. Sedangkan sepatutnya  mereka diberi lebih byk  hidangan mengandungi sumber gula semulajadi yang dikenali sebagai glukosa, fruktosa dan laktosa spt susu segar, buah2an dan sayur2an.


Jom kita share ttg saranan ni : Hidangan wajib dalam penyediaan hidangan utk kanak2 berusia antara 2 hingga 10 tahun:-
> BIJIAN (empat hingga enam hidangan)
> SAYUR-SAYURAN (satu hingga tiga hidangan)
> BUAH BUAHAN ( satu hingga dua hidangan)
> TENUSU (satu hingga tiga hidangan)
> Minyak, gula dan garam (sedikit)


Memanglah seronok tengok anak2 yang 'debab' ni ... tu masa kecil.. tapi bila dah besar tentu risau kan?? Kadang2 tu status masih remaja tapi badan...mak aiiii... macam mak budak? ...  tapi bagi sesetengah ibu2 yang bekerja mgkin menjadi masalah bagi mereka ... namun utk kesejahteraan seisi keluarga dan demi orang tersayang kita sebagai ibu perlu berkorban segalanya ... sebab tu dulu (semasa saya masih bekerja) saya tetap meluangkan masa utk masak sendiri .. puas hati dari khasiat dan kebersihannya. Alhamdulillah. sehingga kini anak2 lebih suka makan di rumah. Malah saya makin seronok mempelajari dunia masakan (walaupun dulu mmg tak pandai masak).. Semua ini kerana anak2... lagipun, jimatlah belanja rumahtangga ... maklumlah, makan kat luar kalau utk seorang jer pun paling kurang RM10 sekali ngadap (apalagi anak2 remaja, makan selera selalu!) ...  So, jadilah perancang ekonomi rumahtangga yang baik >> Anak Suka, Suami Sayang!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...