Sunday, May 29, 2011

SAMBAL PETAI UDANG ... FULAMAK!!!!

Go to fullsize imagePETAI salah satu ulaman terkenal di Malaysia. Bukan sahaja orang Melayu pandai makan petai, malah orang Cina, India dan bangsa lain di Malaysia ni sukakan petai. Ada yang suka makan begitu sahaja (mentah) atau dibakar iaitu dibuat ulamGo to fullsize image dan dicicah dengan sambal belacan.  Tapi bagi saya, saya lebih suka ulam petai rebus. Maksudnya petai tu dipotong-potong berkeping-keping mengikut bijinya. Ada yang lebih sedap .... buat sambal petai dengan udang... makan pula dengan nasi panas-panas .. lauk lain tak payah lebih-lebih, ikan kering digoreng atau ikan goreng pun sudah memadai...

Bahan kisar: Bawang besar,cili kering, belacan.
Bahan lain: udang sederhana besar, petai dipotong-potong,pes asam jawa,garam,gula,
air,bawang putih dan minyak masak.

Inilah rupa bahan kisar tadi.
Langkah pertama : Tumiskan bawang putih yang dimayang kedalam sedikit minyak yang dipanaskan.
Langkah kedua : Setelah bawang kuning, masukkan bahan kisar. Kacau sehingga 'pecah minyak' (minyak timbul dipermukaan bahan masakan tadi.
Langkah ketiga : masukkan sedikit gula (kalau +-20bj cili kering boleh gunakan +-1 sudu besar gula) @ mengikut selera anda. Ingat...kurang manis dalam masakan!!!
              PETUA : Dengan memasukkan gula dalam keadaan 'pecah minyak' tadi, adunan cili akan menjadi merah pekat dan lebih menarik warnanya.
Langkah keempat : masukkan air, garam dan pes asam jawa. Lepas tu masukkan potongan petai tadi. Setelah petai agak empuk baru masukkan udang.  Jika mahu sedikit pekat, kurangkan kuantiti air...Setelah udang masak bolehlah dihidangkan...SIMPELkan ... kalau anda suka santan boleh gantikan dengan air.
Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image
Kawan-kawan saya baik Melayu, India atau Cina amat menggemari hidangan ini. Simpel...PETAI walaupun ber'bau' tapi ia antara fungsi terjalinnya keakraban 1Malaysia di kejiranan kami....
Go to fullsize image




TERINGIN NAK MAKAN CAKOI ...

Hari-hari jadual asyik sibuk saja .. ada saja yang nak diselesaikan.. Minggu ni anak-anak dah start cuti sekolah, jadi mama dia pula startlah tambah sibuk.. sambil buat kerja rumah, kepala pula ligat memikir apa menu waktu pagi, tengahari, petang dan malam ... peninglah juga... jadi ni antara yang terfikir..CAKOI ... kalau beli kat luar kurang sedapnya... cari punya cari resepi dapatlah resepi ni dari blog MamaFami  ( mamafami.fotopages.com) ... saya amat berterima kasih pada beliau kerana sekali buat saja terus jadi, SEDAP pula tu... kalau MamaFami kat sebelah rumah dah lama saya hantarkan sepinggan CAKOI ni...

Haa... inilah bahan-bahannya:-
Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image

Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image
Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image
400 gm tepung
1 cawan air
1 sudu besar marjerin dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng


 
Caranya mudah sangat..sekejap jer dah siap..

1)  Campurkan dalam satu bekas air, marjerin yang dicairkan, garam, gula, susu pekat, kuning telur, yis dan soda bikarbonat. Gaul sebati.

2)  Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli doh hingga lembut dan tidak melekat.  Setelah siap uli, balut bekas doh tersebut dengan plastik yang bersih dan biarkan selama 1/2jam.

3) Canai doh setebal lebih kurang 1/2cm dalam bentuk segiempat tepat dan potong pada bahagian yang lebih kecil  lebih kurang 1 inci.

4)  Untuk mendapatkan cakoi yang berbelah dibahagian tengahnya setelah digoreng (seperti yang dijual tu) celupkan lidi dalam air dan tekan atas kepingan yang dipotong memanjang selebar 1 inci tadi.

5)  Panaskan minyak dan goreng. Sedap dimakan panas2. Biasanya dicicah bersama sos cili, tapi kalau resepi ni makan begitu sajapun dah sedap ... SUNGGUH ENAK DIMAKAN BEGITU SAJA .....



Cubalah ... try sekali, akan buat berkali kali .... Tak Percaya ... cubalah dulu!!!

Thursday, May 26, 2011

ANAK-ANAK BERBAKAT LUARBIASA

Seronok dan kagum dengan kelincahan, kepintaran, kepetahan dan amat luar biasa insan kecil ini. Mungkin boleh dijadikan faktor pendorong untuk anak-anak kita dalam pelajaran, kehidupan, aktiviti atau arah tuju kehidupan mereka. Itu adalah lebih baik dari anak-anak kita tiada aktiviti atau melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya atau hanya membuang masa tanpa faedah.. kongsikan bersama...

Tuesday, May 24, 2011

INGAT MATI !!!! ...


SETIAP makhluk ALLAH s.w.t yang hidup pasti akan kembali kepadaNYA..
dan selalu kalau ada kes-kes kematian mengejut, lemas, terjatuh atau mana-mana situasi yang tiba-tiba selalu orang bertanyakan ahli keluarga "ada tak si mati berkelakuan aneh atau diluar kebiasaannya".. sekadar untuk pedoman kita bersama, dikongsikan petikan yang saya perolehi ini > apakah tanda-tanda 100 hari sebelum kematian..

TANDA 100 HARIIni adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARIPada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARIAkan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIRAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula
.

Sumbangan: Hamba Allah dan dipetik dari buku – 100 Hari Menjelang Mati


Banyak lagi yang kita boleh share sesama kita :-

Thursday, May 19, 2011

MAKAN LEPAT PUN SEDAP..

Entah kenapa, tiba2 datang mood nak masak pula..tekak ni pula rasa nak makan macam2. So, masa kepasar nampak banyaknya buah labu .. musim agaknya ye.. so beli la sebiji yang sederhana besar.. Mula plan nak buat sayur lemak labu je, lepas tu terfikir pula pengat labu ..ermmmm sedap juga ... tapi, jalan punya jalan kat pasar tu sampai pula ke tempat jualan santan segar .. ternampak pula daun pisang ... hishhhhh!!! sedap lagi lepat labu ...ermmm..bolehlah...ONNNN!!!

Nak buat lepat ni simpel saja bahannya dan memang cepat... nak makan, lagi la cepat!!! So, kalau ada tetamu ni boleh juga dijadikan juadah hidangan..

Sebiji labu sederhana besar

Bahan2 asas : gula 100gm, labu yang direbus empuk, pati santan, tepung Hoen Kwe warna oren 85gm, garam secukup rasa.
Utk gula, santan dan garam ikut keperluan. Santan tuang sedikit demi sedikit ikut keperluan / kepekatan yang kita mahukan,

Apabila sudah empuk, dilecek-lecekkan..

Masukkan santan sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yg kita mahukan. Jangan terlalu cair kerana susah untuk langkah membungkus dengan daun pisang nanti.

Masukkan tepung Hoen Kwe. Sebaiknya pek berwarna oren kerana tepungnya akan berubah warna oren juga..jadi tidak menjejaskan warna labu tadi. Tepung juga mengikut sukatan sendiri, jika campuran labu dan santan tadi agak cair, boleh lebihkan tepung. Jika tidak, kurangkan sukatan
tepung tersebut.

Letakkan 1 @ 1 1/2 sudu makan keatas daun pisang yang telah dilayur @ dijemur bawah panas matahari berukuran lbh kurang 8"x8". Sukatan ini juga bergantung pada saiz daun pisang anda.
Bagi saya, saya suka kuih yang kecil saiznya..comel gitu!!

Bungkuskan adunan tadi.. temukan bhgn kiri dan kanan daun. Lipat dua kali pada bhgn yang ditemukan. Terbalikkan bungkusn lepat dan lipat bhgn hujung kiri dan kanannya.
Itulah lepat namanya!!

Susun dalam periuk kukusan..


Kukus sekejap jer..dlm 15 - 20 minit jer....

Jemput makan .... lembutnya... nak makan panas2 boleh, sejukpun boleh...boleh makan waktu petang sambil santai2 kat taman ... ermmmm bestnya..!!!

So, jangan takut untuk mencuba. Saya pun dah beberapa kali mencuba bermacam2 jenis kuih, kek dan lauk.. kadang2 ambil dari internet je, ada yang sekali buat dah jadi, ada juga yang berkali2... pendekata kenyang la tong sampah tu... he he... yang penting, semangat dan minat tu kena ada ..


Thursday, May 12, 2011

SKIM RUMAH PERTAMAKU - REBUTLAH PELUANG YANG ADA!!

Go to fullsize image
Bertuahnya bagi mereka yang masih mencari2 peluang beli rumah... dah banyak kemudahan untuk memiliki aset. Tak seperti aku dulu .. bermula dengan gaji RM350 sebagai pembantu akaun dan RM 450 ditahun kedua aku bekerja.. dengan susah payah sehingga terpaksa ikat perut, aku membeli rumah 'low cost' yang pada masa itu batch terakhir dengan harga RM18,000 dan orang bujang boleh memilikinya. Banyak dugaan yang terpaksa aku hadapi untuk memiliki rumah yang dianggap kawan2 ditempat terpencil, jauh dari bandar dan dikelilingi hutan kelapa sawit. Mana nak bayar sewa rumah, tambang bas, hantar ke kampung..dicelah2 tanggungjawab itu aku terbeban nak bayar duit urusan jual beli rumah, guaman dan pada pemaju..
 Go to fullsize imageTapi berbaloi segala keperitan itu .. rumah tu bertahun2 aku sewakan. Wang lebih bayar ansuran bulanan pada bank dapat dikirim ke kampung untuk keperluan adik2. Bila berkahwin pula aku dan suami tak risau pasal rumah lagi. Dalam tempoh tersebut juga beberapa kali rumahku dicagarkan kembali kepada bank (refinance).. memang untung berganda2... wang hasil refinance tu banyak juga ku laburkan dan simpan untuk kecemasan. Go to fullsize imageDan dengan 'rumah pertamaku' itu juga, aku mendapat RUMAH KEDUA ... pastinya lebih besar dan selesa untuk seisi keluarga.Go to fullsize image
Jadi, pada anda yang belum mempunyai rumah, segeralah rebut peluang ini. Usah dihitung kesusahan dan kepayahannya kerana tanpa itu semua kesenangan di masa hadapan tak akan menjadi milik anda!! Zaman sekarang ni penting rumah dari kereta. Kalau nak dibuat pelaburanpun rumah yang akan makin naik harga, sedangkan kereta ..... semua sedia maklum!!! Go to fullsize image
Lagipun sementara belum beranak pinak atau anak masih kecillah kita mengambil peluang membeli rumah kerana bila mereka makin membesar, keperluan pembelajaran amat penting dan tak dapat dielakkan dan SEGALANYA MEMERLUKAN DUIT ...Go to fullsize image

Ini adalah sedikit info yang dipetik dari http://srp.com.my untuk pengetahuan anda. Moga kita dpt manfaat darinya. Bertindaklah... menjadi seorang yang BERHARTA ...Go to fullsize image

Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...