Thursday, November 25, 2010

TAMAN bkn skdr bersantai ....

Time ni dah senja, on the way balik ambil anak dr sekolah ... terpukau kejap tengok suasana ni ....

Time kelapangan, ambil peluang bertanam... setakat nak guna sebiji dua tu tak
payah kelam kabut ke kedai ....

Anak2pn seronok bermain ditmn ... hilang rasa letih bila tgk semua enjoy
hasil penat lelah kita selama ni ....

Bunga Kesayanganku .... Mengisi hampir setiap ruangan
Harum dan Cantik ... aroma terapi minda ni!!


SERONOK tengok byk rama2, burung, kumbang, pepatung dan mcm2 spesis (yg x merbahaya le) menjadi tetamu di taman ... kdg2 riuh dgn kicauan burung ...
Orkid Liar dr padang berdekatan.. dah bertahun2 bela, ni 1st time berbunga







Wednesday, November 24, 2010

Rainbow Marble Pudding


Ni teknik tuang bertindan @ berselang seli .... biasa ler, org baru belajar teknik2 ni mesti ada yg 'ter' kat sana sini .....


 Ni  dgn teknik yg sama cuma dicondongkan acuan.. hasilnya mcm lava gunung berapi yg mengalir ... hmmm..ok jg!!


Kesimpulannya: tak kisah mcmana rupa time tuang kat acuan tu, bila dah dipotong ... hahhh CANTIKNYA !!!!!!


Cantik Rupa, Cantik Rasa ...  PERFECT !!!!
NAK RESEPI ???  Boleh .... Anyway, nak ucapkan terimakasih pd Pn Yatie atas resepi ni .... Moga bisnes beliau bertambah maju sbb memang patutpun ..... SEDAP !!!

RAINBOW MARBLE PUDDING

Bahan2:
1 bungkus agar (+-13 gram 1 pek) >  saya guna yg serbuk, warna putih @ clear colour
675 ml air
225 gm gula pasir
65 gm mentega
4 bj telur
1/2 tin susu cair
1 sd mkn tpg kastard
1 sd mkn serbuk koko di campur sedikit sj air
1 sd teh vanilla
Bbrp pewarna (ikut suka hati anda)

Cara:

1.  Masak agar2, gula dan air sehingga mendidih.
2.  Sementara tunggu didih, dlm bekas lain pukul telur, susu cair dan tepung kastad. Tapiskan.
3.  Masukkan bahan no. 2 kedlm agar2 yg tlh didih td.
4.  Masukkan vanilla dan mentega serta kacau rata.
5. Bahagikan pada 3 bhg (koko, kuning & merah). Part ni anda boleh bahagikan ikut warna pilihan anda.
6. Anda boleh guna teknik tuang berselang seli atau teknik lava gng berapi tadi ... hasilnya lebih kurang jer..
    Yang penting sedap ... lbh best didinginkan ...


Tuesday, November 9, 2010

TEKNIK BELAJAR MUDAH, Anak Pandai + Ibu Bahagia







Siapa tak nak KERJA SENANG? .... Anak2 kita tu pun kalau boleh nak serba serbi senang ... terutama bab SENANG BELAJAR ..

Saya langgan program ni 2 thn lepas.. Terlalu sibuk dgn kerja rumah, kerja taman, masak memasak dan paling penting pendidikan anak2 ... Bkn senang nak pantau 3 anak (yg ke 2 kembar) yg hanya setahun beza umurnya ... kdg2 x thn jg dgn kerenah mereka sdgkan kita punya le penat, tak sempat rehat lagi ..

Tapi dgn sistem ni, lebih teratur ...jimat masa utk semak dan tanda jawapan (sbb instant online marking), kamus dah sedia ada, nota ringkas pun ada (blh print )..report kad utk semua jenis latihan yg dibuat blh saya pantau bila2 saya suka utk setiap anak2.. Byk lagi la...

Baru2 ni saya test anak bongsu saya yg 6 thn buat latihan utk darjah 2 .... tgk le result dia... hanya dgn sedikit pertolongan!! ... tu la, kdg2 kita tak sedar yg kita TERpandang rendah kebolehan anak2 .... semua anak2 saya seronok dpt belajar bersama2... dan masa terluangpn terlbh2 le ... so blh buat aktiviti lain.

Jadi pandai dgn program ni bknlah JAMINAN ... pemantauan dan keprihatinan dr kita yg mnjd faktor utama.  Sebaik manapn sistem pembelajaran tu, tanpa campurtgn ibubapa payah lah sikit!!

Pendekata, utk anak yg pandai ke, krg pandai ke, yg penting kita jlnkan TANGGUNGJAWAB kita sbg ibubapa dan MEMBANTU mereka semaksima yg boleh ... bknkah itu lbh baik dr TIDAK MELAKUKAN APA2 PUN ... Jd x perlu kita marah dan membentak2 mereka jika mereka tdk dpt capai apa yg kita harapkan!!  Kenapa?... jika semua itu berpunca dr kita, terlalu BERKIRA utk pendidikan anak2!!

Sunday, November 7, 2010

SIMPLY DELICIOUS


NASI LEMAK SATUUU!!
(Sorry..kesilapan teknikal masa upload gambar ni...)

                                                                                    
 Simple dan sedap ... senang dan cepat.  Prepare tgh mlm, esok mudah je, panaskn nasi lemak & terus blh mkn atau bekalkn utk suami dan anak. Resepi? Boleh...tapi jgn tanya sukatan sbb ini main campak2 jer... kalau bg sukatan pn x kan dpt sama rasa sbb jenis bhn, kualiti dan cara yg berbeza kdg2 itu mnjd faktor x sama rasa @ rupa. Memasak ni kata org cuba try test .. dah berkali2 buat br dpt apa yg kita nak & itu yg mudah kita ingat @ prktikn melalui ujikaji2 kita yg berkali2.. dr cuba try test tu jg la kita akan lebih memahami sifat2, kegunaan, cara @ method @ teknik menyatukan bhn2... so, cabarlah diri anda. Keyakinan akan anda perolehi malah lebih bangga dpt sajikn pd keluarga tersayang.

NASI LEMAK  (masak guna rice cooker-senang)
+-5 cwn beras (dicuci)
halia muda sebesar 2 ibujari dititik
herba @halba campur , kulit kayu manis, bunga lawang, lada hitam (jika suka)
sedikit butter @ marjerin (dlm 2 sudu mkn)
daun pandan
garam
beberapa hirisan bawang kecil
2 paket santan cair ( yg kat pasar tu)
Campurkan semua bahan dan masak. Sekali sekala gaulkan supaya rempah ratus bercampur rata dgn nasi.
. 

OPEN SESAME BEEF

OPEN SESAME BEEF
Pernah mkn kat satu restoran famous kat sini, so balik.. cuba try test la....

Daging - potong setebal +-2cm dan buat 2 @3 belahan pd kepingan daging tersebut.
Garam
Kunyit
Bijan (sesame)
Minyak masak
Gaul rata semua bahan. perap kejap. Lps tu deep fry. Dah garing, toskan dgn penapis. Setelah minyak sejat, hidangkan.

SAMBAL KERANG

Kerang yg sdh dikopek dr kulitnya direbus terlebih dahulu
cili kering + sedikit belacan > dikisar
garam, gula, asam jawa
minyak
bawang besar dan bwg putih di hiris
sedikit air

Cara:-
  • Tumis hirisan bawang putih dan bawang besar hingga bau wangi.
  • masukkan cili kering yg tlh dikisar. tumis sehingga air kering dan berbau wangi @ pecah minyak
  • masukkan gula dan kacau ... (anda akan dapati warna tumisan cili tadi lebih pekat)
  • masukkan garam, asam jawa serta air.
  • last masukkan kerang... setelah agak pekat... siap...

Saturday, November 6, 2010

KUEY TEOW PLUS MINUS

KUEY TEOW PLUS MINUS
Kenapa PLUS MINUS ?  Sebenarnya saya dah jemu mkn keow teow goreng, koey teow goreng kerang atau char kuey teow .... Lps tu kebetulan byk balance bhn2 mentah kat dlm petisejuk .. apa lg main campak2 lebih kurang.. so resepi ni mmg sukatan ikut suka, sesedap rasa, ikut selera... Pas tu terfikir nak bagi nama ... so pikir punya pikir smbil buat kerja, disebabkan resepi bidan terjun, main campak lebih kurang tu yang jadi PLUS MINUS .... Syok juga jadi pencipta resepi << he he .. syok sendiri plk !! >>

Lebih kurang ni le bhnnya ( nak tambah @ nak kurangkn sukatan @ tambah bahan sendiri pun boleh)

BHN A < KUEY TEOW >
+-1kg koey teow
minyak masak
hirisan 1 ulas bwg putih
kicap manis
2 bj telur ayam
sedikit air
Cara :  Tumiskan hirisan bwg putih, masukkan koey teow> gaul rata
            masukkan kicap manis, gaul rata dan pecahkan telur dan gaul rata.
            jika mahukan lembap,  tuangkan sedikit sj air

BHN B < KUAH >

Minyak masak
Hirisan 2 ulas bwg putih
Hirisan 2 ulas bwg merah
lada sulah
sedikit gula
sedikit perencah 'cukup rasa' @ stok kiub ayam
air
2 bj telur ayam
Bhn dipotong2:-
daging, daging ayam, fish ball, tauhu, sotong, udang
sayur sawi, kobis, daun sup, buah tomato
kerang
taugeh
sos :  sos kicap manis, sos kicap cair, sos tiram, sos lada hitam
sedikit tepung jagung dicampur air utk pekatkan kuah
Cara: 
  • Tumis bawang putih dan bwg merah setelah minyak panas.
  • masukkan bhn daging dan ayam
  • setelah suku masak, masukkan air dan sos2 ikut selera anda.
  • Bila sedikit menggelegak, masukkan sotong, udang, kerang dan fish ball.
  • masukkan jg gula, lada suluh dan perencah 'cukup rasa' @ stok kiub ayam
  • bila mendidih, masukkan tepung jagung yg digaul dgn air. Kacau hingga kuah agak pekat.
  • Kemudian masukkan sayur2an dan taugeh.
  • akhir sekali pecahkan telur dan kacau rata2.... Siapppp!!
Cara hidang :  Cedokkan kuey teow kedlm mangkuk dan tuangkan kuah keatasnya. Sedap dimakan panas2 dan boleh hidangkan dengan cili jeruk.... perghhh ....cuba lah!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...