Thursday, April 28, 2011

MISTERI TOM

Sebuah ceritera kehidupan yang mungkin pada sesetengah orang tidak masuk akal ..  Kisah Si TOM, seekor anak kucing yang ku kutip di pasar... entah kenapa, kali pertama terpandang TOM terus hati ini berdetik ingin mengambil dan memeliharanya .. sedangkan aku dah tawar hati kerana tak sanggup menahan sedih bila kehilangan kucing siam kesayanganku CHICO ... CHICO ghaib begitu sahaja setelah aku memeliharanya dari baby hingga hampir 5 tahun..
Bila bawa pulang TOM kerumah, anak2 bukan main gembira lagi.. kumandikan TOM dan beri ia makan ...waktu itu TOM hanya sebesar telapak tanganku (seperti di gambar) .. anak2 turut melayan TOM bermain.. dia menjadi ahli keluarga kami ...
Tapi , satu hari tiba2 TOM hilang .. puas kami mencari tapi tak juga berjumpa .. anak bongsuku mula merengek bila 'kawannya' hilang .. TOM tetap tak pulang2 .. aku dah putus harap ... kecewa, sedih, hampa dan RINDUUU sangat ....
Saat2 ini jugalah aku mula cuba fikirkan perkara2 diluar jangkaan ku . Sebab pernah sekali dulu aku memandu hampir agak jauh dari rumah, tiba2 terdengar suara kucing mengiau ... bila berhentikan kereta, ku seru nama TOM tak pula dia keluar .. akibatnya aku terpaksa patah balik ke rumah.. baru TOM bergegas keluar dari bawah perut kereta dibahagian enjin ... terkejut aku!!!
Beberapa bulan selepas kehilangan TOM kereta aku mengalami masalah dibahagian enjin. Menurut mekanik tu, ada macam sisa2 bulu binatang ... TOMMMMM!!!! ya Allah ... jangan2 TOM dan masuk kat situ dan dah jadi ..... ya Allah ... TOMMMM aku merintih seorang diri ... kesal, sedih, marah pada diri sendiri .... entahlah... mcm nak sasau pun ada juga!!
10 bulan berlalu .... di suatu pagi aku ke ruang belakang rumah nak basuh kain .. tiba2 aku terpegun .. seekor kucing mirip TOM diatas mesin basuhku... aku seru nama TOM .. dia tenung aku ... YA ALLAH!!!! TOM...!!!.. menjerit aku kegembiraan dan penuh dengan rasa terkejut... Sejak itu,TOM kini sudah dipangkuan keluarganya ... dia terus membesar dengan gembira ... aku harap TOM tidak akan hilang lagi ... Pelikkan ..setelah 10 bulan TOM masih ingat rumah dan keluarganya sedangkan waktu ia hilang dulu umurnya belumpun 2 bulan gitu... lagipun masa kecil dulu TOM tidak pernah pergi jauh atau keluar pagar rumah melainkan duduk didepan gate ... TOM mengajar aku mempercayai NALURI...!!! Sayangggg TOM!!! jangan tinggalkan MAMA lagi yer ...


TOM pakar regangan otot Teknik Superman..!!!
 
Hobi TOM ... panjat pokok

Lagi satu ... berehat di atas pokok paku
langsuyar yang terlekat kat batang pokok ...
relax jer dia tengok orang lalulalang dan
joging di jalanan ... santai gitu ditempat tinggi

Puas bersantai dan bermain ...
haaa... ni lah gayanya, nak lagi bila
dah kekenyangan ....

Satu lagi tempat istirehat yang
begitu istimewa bagi TOM
 
Pantang jumpa pokok, mesti kena panjat!!!

TOM masa kecil, sebelum hilang selama
10 bulan .... meninggalkan kesan yg begitu
mendalam dihati ini ... begitu sedih sangat...

Dari sebesar tapak tangan (waktu ambil
dari pasar) ..TOM si anak kucing yang
pintar dan ceria ... manja lagi ..
PESANAN buat anda ... jangan sesekali 'mencuri' atau 'merampas' haiwan peliharaan orang lain, kerana sebenarnya kecurian itu adalah lebih teruk dari istilah sebenarnya ... kerana aku telah merasa sengsaranya selama 10 bulan itu!!

Wednesday, April 27, 2011

BUNGA BUNGA HUTAN


DALAM PERJALANAN HANTAR ANAK KE SEKOLAH AGAMA, INILAH ANTARA PEMANDANGAN YANG MEMUKAU DAN MENARIK PERHATIAN SAYA ... WARNA2 YANG MEMENUHI LANDSKAP DI KIRI KANAN PERJALANAN ... MUNGKIN BAGI SESETENGAH ORANG INI ADALAH SEMAK SAMUN, TAPI MATA SAYA MELIHAT INI DARI SATU SUDUT YANG LAIN ... KEINDAHAN ... PEMBANGUNAN YANG RAKUS KINI TANPA PEMBELAAN BAGI SPESIS2 HUTAN (SELAIN DARI BINATANG) .. JANGAN KATA BILA ZAMAN ANAK CUCU KITA, ZAMAN KITA SENDIRIPUN KITA DAH TAK TAHU APA NAMA ATAU PANGGILAN UNTUK TUMBUH2AN NI .. APALAGI NAMA SAINTIFIKNYA ATAU KHASIATNYA ... RUGIKAN?!?! ...
ENTAH2 INI ADALAH ANTARA RAMUAN YANG PALING MUJARAB UNTUK PENYAKIT2 YG ADA YG KITA RAWAT BERHABIS2AN RIBUAN RINGGIT ...SEDANGKAN PENAWARNYA ADALAH YANG SETIAP HARI KITA LIHAT DI TEPI JALAN, BELUKAR DAN HUTAN ... SEDIHNYA .....










APAPUN.... JIKA KITA TIDAK DAPAT MEMBUAT PERKARA BESAR, CUKUPLAH DGN HANYA SEKECIL  ZARAH ... BERMULALAH DENGAN ANAK2 KITA UNTUK MENYAYANGI TUMBUH2AN  DAN HIDUPAN YANG LAIN ... DALAM ERTI KATA LAIN ... BELAJAR MENGHARGAI ...

Friday, April 15, 2011

ONE OF THESE IS 'YOUr's

Seronok dan enjoy join dengan seorang kawan rapat .. biarpun suka2 .. kini mcm nak seriuspun ada juga...  dari beli sehelai dua untuk 'test market' .. tiba2 BOOM..!!!   terkejut dengan sambutan ...

Tapi memang sifat kita yang kepuasannya berbeza dan sentiasa inginkan yang lain dari yang lain .. SPECIAL gitu!! .. mungkin ini juga antara faktor ianya mendapat sambutan HANGAT ... sooooo HOTTTTTTTTTTTTTTT !!!!

Antaranya  Batik Pua Sarawak 1 Malaysia >>  kain batik pasang dibuat baju kurung, jubah, kebaya, kemeja atau apa saja pakaian istimewa anda (atau IDEA untuk baju kebangsaan negari/negara anda) Kainnya sangat halus, lembut dan beralun, superb gitu...!.  Paling banyak permintaan, so mmg kena cepat order.. ni antara koleksinya:  Tapi kalau nak tgk lebih byk koleksi lagi kena lah ke blog ni http://www.lagunaindahhomebiz.blogspot.com/







Ini pula gabungan kain batik sarong sarawak dan kain polos (ada bercorak, warna pelangi, berbunga atau plain) ... kain batik sarong yang lembut beralun serta sejuk .. nampak ekslusif gitu bila digayakan ...






Yang ini batik sarong Indonesia ..

Antara batik sarong Sarawak dgn kretiviti 'pua' ...



Ni Batik Sarong Indonesia (Ratna Dewi) .. warna2 yang terang dan disulam dengan warna emas mengelilingi bunga. .. hanya cucian lembut dgn tangan sahaja ..




Ni antara batch tempahan kenalan saya ... thanks my friends .. anda antara orang yang dapat mengisi masa lapang saya dgn lebih bermanfaat ..!!!



Warna kegemaran puteri saya ... sambutan hangat nii...!!
Banyak lagi koleksi untuk anda ... tak perlu takut untuk mencuba. Saya jamin anda akan berpuashati.. Pengalaman saya blm ada kwn2 yg merungut .. kalau merungutpun pasal stok dah habis!!! Berani mulakan sesuatu yang baru untuk pakaian anda ... mungkin org Cina mahu gayakan ala Cheongsam atau anda di Timur Tengah ingin memberanikan diri mencuba jenis2 dan corak kain di blog ( http://www.lagunaindahhomebiz.blogspot.com/ ) Semestinya menjadi perhatian dan tarikan kerana 'sesuatu yang BARU' sememangnya layak untuk itu.... JOM ... visit my bisness blog http://www.lagunaindahhomebiz.blogspot.com/

Thursday, April 7, 2011

ANAK OBESITI


Tertarik dengan keratan akhbar Utusan Malaysia Khamis 7.4.2011. Menurut pakar antara punca obesiti adalah dari amalan pemakanan kanak2 yang lebih gemar  sajian mengandungi kadar gula  dan lemak tinggi seperti aiskrim, donut manis, agar2, mufin, burger, coklat, roti krim, gula2, bijirin sarapan, biskut serta minuman berkabonat. Sedangkan sepatutnya  mereka diberi lebih byk  hidangan mengandungi sumber gula semulajadi yang dikenali sebagai glukosa, fruktosa dan laktosa spt susu segar, buah2an dan sayur2an.


Jom kita share ttg saranan ni : Hidangan wajib dalam penyediaan hidangan utk kanak2 berusia antara 2 hingga 10 tahun:-
> BIJIAN (empat hingga enam hidangan)
> SAYUR-SAYURAN (satu hingga tiga hidangan)
> BUAH BUAHAN ( satu hingga dua hidangan)
> TENUSU (satu hingga tiga hidangan)
> Minyak, gula dan garam (sedikit)


Memanglah seronok tengok anak2 yang 'debab' ni ... tu masa kecil.. tapi bila dah besar tentu risau kan?? Kadang2 tu status masih remaja tapi badan...mak aiiii... macam mak budak? ...  tapi bagi sesetengah ibu2 yang bekerja mgkin menjadi masalah bagi mereka ... namun utk kesejahteraan seisi keluarga dan demi orang tersayang kita sebagai ibu perlu berkorban segalanya ... sebab tu dulu (semasa saya masih bekerja) saya tetap meluangkan masa utk masak sendiri .. puas hati dari khasiat dan kebersihannya. Alhamdulillah. sehingga kini anak2 lebih suka makan di rumah. Malah saya makin seronok mempelajari dunia masakan (walaupun dulu mmg tak pandai masak).. Semua ini kerana anak2... lagipun, jimatlah belanja rumahtangga ... maklumlah, makan kat luar kalau utk seorang jer pun paling kurang RM10 sekali ngadap (apalagi anak2 remaja, makan selera selalu!) ...  So, jadilah perancang ekonomi rumahtangga yang baik >> Anak Suka, Suami Sayang!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...