Sharing about our happy and fun family life, our activities especially for housewives ..
share your best cooks, deco, handcraft etc..
LETS SHARE YOUR HAPPY LIFE WITH OTHERS
Time cuti sekolah ni tentu pening juga nak layan selera anak2... so mula le mencari resepi2 dari buku @ online..last2 terpaut dgn resepi dari My Resepi ni... Terimakasih yang empunya resepi...
Bahan-bahan ( 5 orang makan )
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air
Cara-cara
masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.