Monday, September 26, 2011

MARHABAN YA MARHABAN

SANA SINI sibuk dengan majlis marhaban.  Tak ketinggalan di rumah seorang sahabat rapat saya... Jadi, sayapun sama-samalah menyibukkan diri .. atas permintaannya, resepi yang baru saya cuba ... JELLY KELAPA MUDA ...  perghhhhh!!! memang mengancam ... habis semua dijamah tetamu ... Alhamdulillah..!!!

Ni baru 'PURE' punya jelly kelapa...
yang dibeli kat luar tu kadang-kadang
kelapanya dah tua,
 jellynya pula hanya manis gula je ...
kali ni memang puas makan....


Tentu ada kawan-kawan yang nak mencuba sendirikan ....  sebenarnya sayapun dapat resepi ni dari salah satu 'Blogger' tapi minta maaf lah sebab dah lupa yang mana satu. Apa-apapun, saya ucapkan terimakasih kepada 'Blogger' tersebut.  Moga Allah melimpahkan rezeki kepada beliau.

Haa.. ini resepinya, mudah sangat ....

Bahan-bahannya:-
  • 1 bungkus agar-agar serbuk 10gm (warna jernih/clear)
  • 2.6 liter air  (air kelapa + air biasa)
  • 9 - 11 sudu makan gula pasir
  • 3 biji kelapa muda ( diambil airnya, isinya dikikis nipis-nipis)
  •    (jika isi kelapa agak keras, boleh dipotong kecil2 @ separuh dipotong, separuh dikisar bersama    sukatan air tadi.
  • NOTA :  jika kelapa dikisar dengan sukatan air, kurangkan sedikit sukatan air tersebut)
  • 1 helai daun pandan

Caranya :-
  •  Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga gula larut. Untuk sukatan gula, masukkan       sedikit demi sedikit dan anda perlu rasa untuk memastikan tidak terlalu manis dan hilang rasa air kelapa.
  • Sementara menunggu renihan bahan (1), anda boleh masukkan cebisan isi kelapa kedalam bekas acuan jelly.  Jika mahu lebih mudah, anda boleh terus masukkan isi kelapa tersebut ke dalam (1)
  • Setelah renih, masukkan cairan tadi kedalam bekas jelly. Biarkan sejuk seketika sebelum ditutup dan dimasukkan kedalam peti sejuk.
  • Dah sejuk .... apa lagi..... makan time!!!!

Thursday, September 1, 2011

MERDEKA RAYA 2011 1MALAYSIA

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 54
untuk semua rakan2 Blogger.  Seronok menyambut
dwi-perayaan tahun ni. 

Tapi meriah lagi anak2 menggayakan pakaian tradisional beraya sakan. Kuih muih pula pelbagai rasa dan warna. Seronok mengunjungi keluarga dan rakan2.

 Sekarang ni tgh merancang pula nak menjemput rakan2 saya yang terdiri dari pelbagai bangsa, kaum dan agama ke rumah. Jiran2 yang kebanyakkan berbangsa Cina juga turut beraya bersama. Memang menyeronokkan. Tak ketinggalan juga rakan2 yang suami mereka berbangsa asing dan kini Mu'alaf yang sama2  beraya.

Memang MENYERONOKKAN!!
1MALAYSIA BERAYA SAKAN!!

Bersama keluarga mertua .. tapi ni ada lg yg blm datang...
BIG & HAPPY FAMILY

Suami dan anak2 tersayang ...

Adik ipar bongsu ....with the only PRINCE ..

Adik Ipar bersama suami dan PUTERA2 PINTAR..

KAKAK IPAR bersama GENIUS PRINCESS

ADIK IPAR & isteri dengan cute PRINCE & PRINCESS


SEPUPU SEPAPAT ... ada lagi yang belum sampai ni!!!!

PUTERI2 AYU .....

Senyum di pagi lebaran

BAPA & IBU MERTUA

Anak2 sempat melayan ikan2 dikolam bila bertemu
Biskut Almond kesukaan sekeluarga ... tak sempat raya,
kena buat lagi sekali...

Bahulu Gulung ... antara yang terlaris

Rainbow Finger ... sendiri reka2... pun anak2 suka!!

Antara kuih hasil kerja keras sebelum dan selepas raya ....
rupa mungkin kurang sikit lah..
(maklumlah bukannya pakar sangat),
yang penting anak2 suka pada rasanya!!

Tuesday, August 16, 2011

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI.  SEMUGA KITA SEMUA DIRAHMATI DAN MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH S.W.T DI DUNIA DAN AKHIRAT.


SEMUGA KECERIAAN SENTIASA MENGISI
 SETIAP
RUANG HIDUP ANDA !!!

Wednesday, July 27, 2011

KUIH TAKO >> DARI SAHABATKU

Lama juga tak mencoret kat blog ni ... Memang selalu juga dijengah, cuma tak update jer.. Terlalu banyak pula rasanya nak diceritakan. Apa2 halpun cerita yang terbaru berlaku hari ini.. Sahabat baik memberi saya kuih tako buatannya sendiri.. SEDAP betul ... bau harum daun pandan, rasa lemak manis .. hingga tak terkatalah...


Amacam??..terliur kan???.. Kawan saya ni memang pandai dalam membuat kuih kukusan dan jenis2 yang sewaktu dengan kuih tako ni .. Itulah antara fungsinya SAHABAT ... bertukar2 menu dan resepi...

Wednesday, July 13, 2011

JOM SHOPPING PINGGAN MANGKUK UNTUK RAYA ...

Tak lama lagi kita dah nak berpuasa .. Seronoknya bila meja penuh dengan juadah .. siap bertukar2 dengan jiran dan rakan lagi. Lepas tu raya .. HOOORAYYY ... kanak2 lah yang paling seronok sekali. Tapi bagi ibu2 tak kurang juga, walau sibuk memasak rendang dan ketupat, segala lauk pauk dan kuih-muih raya... tentu berbangga menjamu keluarga, tetamu dan rakan2 ... TAPI tentu lebih bermakna dan meriah jika menggayakan hidangan dimeja dan dihantar kepada tetangga dengan koleksi pinggan mangkuk, casserole atau bekas istimewa dari pelbagai corak, rekaan dan warna. MERIAHlah raya ini tahun!!!..

Ini antara koleksi yang boleh didapati di satu lagi kedai online kami yang dikhususkan untuk pinggan mangkuk sahaja.



Untuk lebih pilihan dan tempahan lungsuri http://www.koleksichantek.blogspot.com

Monday, June 20, 2011

JERSLIN POWER OIL

INI ADALAH CEBISAN DARI BLOG SAYA JUGA UNTUK DIKONGSI BERSAMA DAN .. ORDERLAH SATU UNTUK SENDIRI DAN KELUARGA. TAK NYESAL PUNYA!!! 

    http://youtu.be/wKjfs01D0aoThumbnailhttp://youtu.be/t0MfkpD3xMo
Suatu hari sambil lepak-lepak bersarapan depan TV terpandanglah temubual tentang produk ni. Jadi terdetik dihati ingin mencuba. Saya order 2 botol (30ml) dan 1 bedak sejuk. Sebotol untuk saya dan sebotol lagi untuk seorang rakan baik. Setelah mencuba banyak juga masalah kesihatan dapat diatasi. Jadi suka juga berkongsi dengan anda yang sayangkan kesihatan diri mencuba JERSLIN POWER OIL.

 Anda boleh ORDER di
 lagunaindahhomebiz@gmail.com
  atau telefon ke 013 7707020 @ 013 7327676.

Berikut antara petikan tentang minyak ajaib ni...


Punca penyakit adalah kerana LEMAH DAYA IMUN (lemah daya ketahanan badan). Apa sahaja yang dapat menguatakan daya imun, akan secara langsung dapat mencegah & merawat pesakit. Jerslin Power Oil mampu menguatkan sistem imun dan mampu mematikan lebih dari 100,000 jenis kuman, virus, kulat, parasit, baketeria, hama dan sebagainya yang amat bebas di persekitaran kita.


Percaya atau tidak dengan hanya SAPU pada tempat yang sakit atau seluruh badan, ianya dapat menyembuhkan penyakit anda....INSYA ALLAH.Kalau anda berpeluang menonton SELAMAT PAGI MALAYSIA di TV1, testimoni yang di bawa adalah seorang menghidap sakit tulang belakang, migrain yang teruk dan keadaan muka yang kasar akibat dari penyakit yang dialaminya. Selepas beliau menggunakan produk JERSLIN POWER OIL, Alhamdulillah, beliau semakin sihat dan kulit muka beliau semakin licin.Andai anda ragu-ragu, saya syorkan anda CUBA DAHULU, ini kerana produk ini MURAH DAN MUJARAB, rugi jika anda tidak mencubanya.Bukan itu sahaja, dengan AROMA nya yang amat menenangkan, ia bukan seperti minyak biasa, ia seperti kita memakai minyak wangi... ianya memang MURAH dibandingkan khasiatnya yang pelbagai. Dari bayi hinggalah kpd orang tua-tua, dari penyakit yang ringan hinggalah kpd penyakit yang KRONIK. Hanya SAPU sahaja, cuma ada keadaan penyakit KRONIK dikehendaki utk dicampur dalam air untuk diminum atau dipancitkan bawah lidah.




 JERSLIN Power Oil (10ml)    RM 15.00 (Smjng)    RM 18.00 (Sbh/Srwk)

JERSLIN Power Oil (20ml)  RM 25.90 (Smjng)    RM 28.00 (Sbh/Srwk)

JERSLIN Power Oil (30ml - Refill)  RM 25.90 (Smjng)  RM 28.00 (Sbh/Srwk)

JERSLIN Power Oil (40ml)      RM 35.00 (Smjng)    RM 38.00 (Sbh/Srwk)

JERSLIN Power Oil (50ml)      RM 45.00 (Smjng)    RM 48.00 (Sbh/Srwk)

JERSLIN - Bedak Sejuk           RM 15.00 (Smjng)    RM 18.00 (Sbh/Srwk)

JERSLIN POWER OIL DIBUAT DARIPADA :
CAMPUR HABATUSAUDA,
MINYAK ZAITUN,MINYAK BIJAN,
MINYAK BUNGA MATAHARI
DAN HERBA TERPILIH
.

Penyakit / Masalah Kesihatan yang boleh dipulihkan dengan
JERSLIN POWER OIL :
-Gastrik
-Demam panas / panas badan berlebihan
-Resdung
-Sakit kepala / Migrain
-Asma / Lelah / Semput
-Sakit buah pinggang
-Sembelit / Cirit-birit / Buasir
-Kencing Manis
-Tekanan Darah Tinggi
-Jangkitan Faraj / Keputihan
-Penyakit kelamin
-Sakit sendi / Lutut bengkak / Gout
-Kekejangan otot / Simpul Biawak
-Mati pucuk / lemah syahwat / tidak bernafsu
-Sengal-sengal tulang
-Kulit kasar, warna tak sekata, berjeragat
-Sakit usus
-Kembung perut
-Kesukaran bernafas
-Selsema, batuk, hidung tersumbat
-Tumor / Kanser / ketumbuhan
-Mudah lesu
-Keracunan makanan
-Stroke / Angin Ahmar
-Anggota tubuh lumpuh / lemah
-Tekanan darah tinggi / rendah
-Kerapa kencing pada waktu malam / kencing tak lawas
selalu / mudah kena selsema
-Alahan / alergik dengan makan laut / habuk /debunga / ubat
-Sukar mendapat zuriat / anak
-Anak yang dilahirkan kurang sihat
-Monopause
-Hormon tidak seimbang / ketidaksimbangan metabolisma.
-Kesuburan lelaki / wanita menurun
-Senggugut
-Sakit buah pinggang
-Tulang reput / mudah patah
-Pergerakan perlahan
-Mudah beremosi / cepat marah
-Kitaran haid yang tidak tetap
-Sukar memahami / mengingati pelajaran
-Kurang tumpuan terhadap pelajaran atau kerja yang dilakukan
-Kolesterol tinggi
-Penglihatan kabur / selalu keluar air mata / mata kemerahan
-Kesejukan kaki / tangan
-Tangan / kaki menggeletar / menggigil
-Sukar tidur (Insomnia)
-Untuk bayi;- kembung perut, demam panas, demam biasa, batuk, muntah-muntah.
-1001 sakit-sakit ringan dan kronik

Saturday, June 11, 2011

MINAT BARU ...

Masuk penggal ke dua persekolahan ... bermula satu lagi aktiviti baru atas permintaannya sendiri ... TAEKWANDO .. jawabnya tambah lagi satu trip keluar masuk hantar ke sekolah untuk aktiviti ni. Apa boleh buat, kalau sudah minat ...


Action jer ..


Macam Pendekar Mustar cakap kat Laksamana DoReMi..."Sumbang..."



Semangat membara ni ...
 
Amacam ... ???


Entah apa la agaknya dalam fikiran si kecil nikan?
Tentu dia rasa gagah gitukan???
  
Belum daftar lagi, baju sudah sedia ...
kepunyaan abang dan kakak...
Kata pakar... biar mereka lakukan apa yang mereka minat adalah antara sumber-sumber kecemerlangan. Harap-harap ini adalah langkah awal ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...